Pengertian Motherboard
dan Fungsi Motherboard
Motherboard
ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang berfungsi untuk menghubungkan
semua perkakasan komputer yang dipasang padanya. Dengan kata lain, fungsi
motherboard ialah sebagai pusat semua perkakasan komputer agar semua perkakasan
komputer dapat berhubung diantara satu sama lain. Sebagai contoh; processor, RAM, hard disk, optical drive, mouse, keyboard,
monitor dan semua perkakasan komputer dipasang dan dihubungkan menggunakan
motherboard.
Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran
contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya
pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot
dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan
keperluan masing-masing.
Namun, pembeli mestilah peka dengan
ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli
tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko
kerugian. Lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible
dengan hardware komputer yang lain, maka motherboard tersebut tidak dapat
digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi
kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.
Panduan Memilih
Motherboard
Bagi mengelakkan kesilapan memilih
motherboard, adalah disarankan untuk mengikut panduan pemilihan motherboard
seperti di bawah:
1 – Socket Processor
Jenis Socket Processor pada motherboard tersebut mestilah sama dengan jenis processor yang hendak digunakan. Contohnya socket processor AM2 sekiranya menggunakan processor AMD X2.
Jenis Socket Processor pada motherboard tersebut mestilah sama dengan jenis processor yang hendak digunakan. Contohnya socket processor AM2 sekiranya menggunakan processor AMD X2.
Pastikan jenis, model dan RAM speed yang hendak digunakan adalah
bersesuaian dengan motherboard yang hendak digunakan. Contohnya RAM DDRII
PC6400 800MHz bermaksud RAM jenis DDRII, Model PC6400, Berkelajuan 800MHz.
3 – Keperluan IDE / SATA port
Sekiranya anda masih menggunakan hard
disk/cd-rom dan seumpanya yang masih menggunakan IDE cable, maka anda perlulah
memilih motherboard yang menyediakan sekurang-kurangnya 1 port untuk IDE cable.
Sekiranya anda ingin memasang satu set PC baru, maka disarankan anda memilih motherboard yang menyediakan banyak SATA port. Ini kerana kini IDE telah mula diganti dengan SATA, dan mungkin satu masa nanti IDE tidak akan digunakan lagi.

4 – Built-in port (VSL, F, GL)
Pilih built-in port mengikut keperluan.
Kenali singkatan built-in seperti di bawah:
V – Built-in Video Card (Display port asas tanpa menggunakan graphic card tambahan)
S – Built-in Sound Card (6 atau 3 channel)
L – Built-in LAN/network
F – Built-in Firewire
GL – Built-in Gigabit LAN/network

5 – Additional Graphic Card Port
Disarankan supaya memilih motherboard yang
ada PCIE port untuk graphic card kerana AGP telah
mula dipupuskan.
6 – Chipset dan Jenama
Terpulang kepada anda, biasanya motherbard
yg menggunakan chipset intel dan AMD adalah mahal sedikit berbanding chipset
Sis dan VIA. Begitu juga dengan jenama motherboard.
from : http://sufian.info/2010/01/fungsi-motherboard-panduan-pemilihan-motherboard/
from : http://sufian.info/2010/01/fungsi-motherboard-panduan-pemilihan-motherboard/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar